Jenama Kami
Jenama Kami
Jenama Syrius™ mula diperkenalkan pada awal tahun 2023 yang mengkhususkan produk-produk berasaskan pakaian sukan untuk seisi keluarga. Tidak kira tua dan muda. Produk utamanya ialah kepelbagaian baju-T yang dibuat khususnya untuk para pelanggan tidak kira sektor kerajaan, swasta atau orang persendirian yang menginginkan pakaian sukan dalam bentuk formal. Syrius™ mengambil inisiatif untuk memberi satu lagi cabang pilihan kepada pelanggan dalam mengutamakan keselesaan dengan harga mampu milik.
Pemilihan jenama Syrius™ (disebut si.ri.yus) diambil sempena nama bintang yang paling cerah dilangit malam iaitu 'Sirius' yang berasal dari bahasa Yunani Purba. Syrius™ berharap produk yang dihasilkan ini mampu untuk menyerlah dan bersaing dengan jenama-jenama lokal khususnya di seluruh Malaysia.
Buat masa ini, produk Syrius™ telah berada di pasaran dalam talian seperti Shopee dan juga TikTok. Selain penjualannya, Syrius™ mengambil peluang menjadi penaja bagi kelab-kelab sukan terutamanya dari universiti tempatan bagi dalam menggalakkan budaya bersukan dalam kalangan belia.